Ride Ke Mae Hong Son 1864 corner, Pai, Phu Tub Berk (Day 6)

Salam rakan2 / overlanders

Day 6 (5hb Isnin) Pai
Macam yg kita sedia maklum, kawasan Pai ni memang sejuk , kalau kt malaysia kira mcm cameron highland la..tapi Pai dok di bawah di celah2 lembah bukit, memang awesome la tempat ni. Mat saleh memang ramai, orang2 muslim kita pun ramai jgk yg mai bercuti. Makanan Halal x susah di Pai berbanding kawasan lain sbb ramai cina muslim yg berniaga makanan halal.
Pukul 10 pagi kabus masih tebal di sekitar guesthouse. Aku dan cikman dah siap cuma x rushing sgt la sebab target nak ke chiang mai saja. Sementara tu cikman kluaq p cari kedai moto nk rikee brg2 untuk vespa dia, Pai ni mmg banyak jgk brg2 vespa. Dlm 15 minit cikman balik, ada barang2 tp dia x berkenan. So kami pun pelan2 meninggalkan pekan Pai untuk singgah bergambar di Coffee in Love Pai. Tempat ni di tepi jalan menuju ke chiang Mai dalam kawasan Pai lagi. Mak datuk bukan main ramai org berhenti nak bergambar di sini, potong stim betui la, tapi ya la tempat tumpuan pelancong.
Lepas dah ambik gmbar kami teruskan perjalanan, jalan yg kami lalu ni pun masih banyak curve walaupun x sebanyak mae hong son. Tapi pendapat aku n cikman, jalan dari Pai ke Chiang Mai lebih mencabar dan adventure untuk kaki leper, sbb jarak selekoh sangat dekat dan curam. Lagipun jalan ni baru siap, tar pun cantik lagi. Tahun lepas masa balik dari Laos, aku, mat rani n adnin ikut jalan ni gak, tapi azab nya hanya tuhan yg tau disebabkan jalan tgh diturap, tanah merah penuh..bayangkan la laluan berbukit tanah merah, itu cerita tahun 2015, tahun ni Alhamdulillah dah cantik.
Sampai dkt perkampungan Mae Sae aku ternampak restoran bertanda halal, Alhamdulillah dpt makan nasi ayam hainan, tauke dia cina muslim, kat sini ada masjid siap dengaq azan zuhur lagi. Aku amik kesempatan tampal stiker GGK. Pastu bersembang dengan sorg cikgu pompuan dri britian, dia mengajaq sek international di chiang mai, bikers jugak. Umur dalam 55 tahun. Kental beb..dia naik big bike honda CB 750..dia dok kata both of you crazy..dok kata aku n cikman gila, dah mai naik kapcai, pastu potong dia kt Pai..dia x dpt ligan pun . Ya laa..nak ligan mcmna..kami moto kecik, selit2 siap dok depan…moto besaq nk potong x lepas, tambah2 jalan ni mmg curve dia kepak habisss.
So lepas dh mkn, kami say hi dan bertukaq2 FB. Kot la dia ada anak pompuan, boleh rekemen hahaha.. pastu teruskan perjalanan ke chiang Mai. Jalan landai naik bukit turun bukit, melalui ladang2 strawberi, x dan nk snap sebab sejuk, malas bukak glove😂.
Kami berhenti isi myk 18km sbelum chiang Mai, walaupun dh 2 kali mai sini, aku gayat jgk dengan jalan dia, sbb CM ni bandar ke 2 tersibuk selepas bangkok..sesat mampuih haha. Aku bukak booking.com cari guesthouse hat paling murah, ya la aku n cikman mai ni pun bajet, bukan nak dok 5 star. Dapat mandi sembahyang tido pun dh lega..yg penting org kata pengalaman. Do dapat 1 guesthouse Nalin, 350bhat..ok dah tu…dlm bandaq CM. Bukak Maps dan jumpa. Siap bayaq , masuk rehat ,lepas maghrib aku n cikman siap nk kluaq cari makan, kami jalan kaki lebih kurang 1.5km tak jumpa kedai halal pun. Pastu aku suruh cikman tahan teksi, aku cakap kt driver “muslim food” dia angguk..haa kelia..lepas berpusing2 akhirnya jumpa port mknan halal. Tambang 100bhat.Alhamdulillah dpt makan nasik itik panggang..arooii cin cin. Sepinggan 40bhat shj.
Lepas settle makan, cari tuk tuk mintak hantaq ke bazaar night market, tgok depa ada meniaga apa mlm2. Tambang tuk tuk 200bhat..bukan main mahal daaa. Better kalau hampa mai naik teksi pikap tu, lebih murah. Oh ya, kalau nk tau luas dan banyaknya bazaar night market ni, cuba google 👍.
Tapi aku n cikman x beli apa pun, saja jamu mata window shopping,jimat duit sbb dengaq kata jalan kt area nakorn n phattalung dah di naiki air, jenuh oii nk balik mcmna.
Balik kt Nalin dh pkul 12 lbih, kunci pulak tertinggal kt dalam bilik. Kelia  baq hanggg..

Telefon tauke suruh dia mai, yg ajaib nya kunci bilik 103 x dak duplicate. Wow menarik bukan…. berpeluh hampir 30 minit. Tauke pun pening dok mbuih pintu bagi terbukak..haru dah.. aku bukak youtube “how to open door without key” haa guna teknik ni la…tauke siap “give me 5” kt aku n cikman hahaha…
Akhirnya dpt tidoq….letih main kona banyak sgt.
To be continue…
#GGK

#MistikTuring

#komando98

#FeldaMataAir

#FelcraLubukSireh

#HondaWave

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: