Pre Ride Mae Hong Son

Ini merupakan pra ride untuk ke mae hong son thn hadapan. Jadi jalan yg dipilih adalah betong, yala,patani,hatyai,sadao dan bukit kayu hitam.
Kami berkumpul d shell changlon jam 8pg.seterusnya berhenti d hentian RnR Gurun,perjalanan d teruskan ke sik kedah.
Ada jemputan kenduri rumah saudara kpd zul,jd berenti mkn pulut kukus la dlu.sbb awal lg.nasik pun x masak.lepas selesai b’fast. Kami ke pekan sik utk mengisi myk moto.seterusnya ke pekan pengkalan hulu,perak.Ada yg mengisi myk skali lg d sini.maklum la,myk kt thailand mahal,hehehe.
So kami terus ke border Betong, org ramai pulak..terpaksa berbaris dkat 1/2 jam,kaunter pulak 1 je,lemah smangat betul.

image

image

image

image

image

image

image

dah lepas urusan cop passport so kami meneruskan perjalanan ke pekan betong utk cri money changer,kdai buat insurans moto sbb ada rakan2 yg belum beli lg. Selepas dah sesat 2-3 kali jumpa juga kedai tkar duit n kdai buat insuran. Perut pula lapaq,apa lg cri kdai makan la,aku,Dan & Husni mkn nasi putih,sotong goreng kunyit kot n sup tulang,zul meratah sup tulang, abg indra dgn wan maybe dah mkn sup tulang ngan nasi sbb masa aku sampai tgok periuk sup dah kosong hahaha.

image

image

Lepas perut dah diisi kami teruskan ride ni menuju ke yala,jalan memang mariiiiiiii…..mmg tmpt terbaik utk kaki corner…utk penunggang lc135 mcm aku ni ok sbb corner dkat2,kalau big bike,ada susah la sket,

image

image

Zul mungkin ada amik video smsa dlm perjalanan kami ni,purata kelajuan jalan ni dlm 80-90km/j ja, mana nk boleh laju sgt,skejap2 dah koner,mau naik kete dah tentu muntah..hehe,
lbh kurang pkul 5 kami berenti minum kt area mana aku x pasti,tp yg menarik spanjg perjalanan,rata2 org yg kami jumpa brckap dlm bhasa melayu,x jd hal la sgt klau nk tanya jalan ka..

image

image

image

image

image

image

image

image

Lepas dgr 1 tembakan n nampak dua tiga org askar dok jalan bwk snapang,kami pun belah la,hahaha tgu lg..kami brenti di sebuah rumah anak yatim utk solat jamak & qasar, dhaif juga la sek tu, bersyukur la kt malaysia cantik2 bgunan,prasarana yg elok,kt sana,hmmm x tau la,x dak la teruk sgt2.Anak2 yatim kt sini ckup teruja dgn geng2 bikers ni (GGK) tambah2 dgn moto Hanis hehe.

image

image

image

image

image

Lepas masing menunaikan tanggungjawb sbg muslim,kami meneruskan perjalanan menuju ke Yala lg 10km jika menurut Ust Mohamad penjaga anak2 yatim,sampai d Yala kami mencri jalan utk ke Pattani. Selepas lalu d tepi pantai Soi Sawan hujan mula trun tp x lebt sgt,tp aku dah berhenti utk pakai bju hujan, kelajuan moto lc aku pd waktu ni dlm 120km/j..jalan dah mula bsah. Hujan makin lebat bila dah smakin sampai ke Hat Yai,nasib la aku tkar bju hujan cpat2,kalau x lencun. Lebih kurang nk smpai ke Sadao bru la hujan berenti,bdan dah letih mata pulak kuyu sbb mengantuk sgt2,aku pun x pasti brapa kali aku melilau ketepi ke tengah,nasib la bang Dan. KTM adventure dok follow blakang,siap rem kuat2 nk bg aku terkejut hahaha..mengantuk punya hal..sampai d Dannok lbh kurg jam 1050mlm, perut lapar so kami berenti mkn dging bkar dulu,

image

image

image

image

Pkul 1130mlm kami menuju ke border utk cop passport n serah borang declare kenderaan, hujan renyai2 pun dah smpai d bkt kayu hitam,apa lg pederas blik rumah masing2 la,aku n Abg Indra blik ikt ladang tebu,dah la x jumpa sbji kereta pun on the way blik 2, gelap siot,kerajaan sila pasang lampu jalan byk2 sikit.Bukan tkut kt hantu,tp takut org perangai mcm hantu,hehe aku sampai d rumah jam 1245tgh mlm.
Alhamdulillah semuanya selamat dlm perjalanan ni,kiranya pre ride ni berjaya la. GGK (GENG GILA KONVOI)

image

Advertisements

2 thoughts on “Pre Ride Mae Hong Son

  1. tahniah…………….dokumentasi mcm nie lah yg perlu ada untuk setiap ride……………………baru owg x dak tanda tanya………….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: