Ride Ke Mae Hong Son 1864 corner , Pai , Phu Tub Berk (Last Day 11)

salam rakan2 / overlanders

day 11 last day( 10hb sabtu) surattani
Malam tadi kami ke bandar surattani, jarak dari penginapan adalah sekitar 25km, jauh jugak tu..kami nk p cari makanan ja sbb di tempat kami menginap ni x dak makanan muslim, tepi highway AH 2,route 41.Aku mmg x pernah lagi stay kt Surat ni, hanya dok lalu ja setiap kali ride.
Mintak bantuan dan rujukan dari Cikgu Wan dan Aju, kami pun p naik moto cikman. Satu motor ja lebih senang bergerak.

Lebih kurang 20 minit kami sampai ke pekan Surat, cari2 dan jumpa peniaga2 muslim, dapat la beli pulut ayam dan kuih apa x tau mcm apam balik, tapi nipis dan garing..wow!
sudah ja membeli, hujan turun selebat2nya, dah la kami dua pakai sluaq jeans 3 suku ja..(tutup aurat na) pederas moto cari bus stop. Naya dh malam ni, bukak bungkusan mkanan , kami mkn kt bus stop..setiap org yang lalu kami jemput mkan , senyum ja depa.. nak buat gena..lapaq oiii..
Nampak gaya hujan x mau berhenti, tgok jam dah pkul 12, maknanya dah 2 jam aku ngan cikman dok tggu hujan stop.

Rasa sejuk mcm kt Phu Tub Berk dah…mcmna pun kena redah juga, so amik keputusan pederas moto dalam hujan..dalam 1 km ada 7E, berhenti isi myk moto lepas tu aku beli baju hujan plastik, 29bht..dapat la cover sikit dari basah lencun.
sampai resort, salin pakaian dan mandi, sempat aku update pengalaman hari ke10, lepas tu mkn ubat demam dan terus tertido. Esoknya hujan masih renyai2, kami redah jugak sbb takut lewat sampai kt Border Malaysia. Perjalanan macam biasa, cuma sat2 kena berhenti, mengantuk..aku dan cikman dh diserang selsema dan demam urat..jenggg krengggg…gagah jugak untuk ride. lepas Thung Song kami berhenti makan kt satu kedai Muslim, nasi, teloq dadar dan kensom ikan siakap..160bhat..selesai sorg 80bhat.
Hari ni paling kerap aku berhenti untuk lelap, baru tau umoq dah pelan2 meningkat, 2013 aku ride dari Bangkok balik malaysia pkul 12 tgh mlm sorg2, tidoq pkul 6 pagi kt surattani 30 minit ja…tp tu dlu, la ni haruihhhh dah hahaha..
Sampai hatyai pukul 5 lebih, singgah nk mkn sup kaki lembu, tp belum buka, x bole nk tunggu takut lewat sampai, so teruskan perjalanan, naik ja flyover depan Central Festival Hatyai, aku nampak satu kelibat dengan moto scrambler, mcm pernah ku lihat, tapi di mana….hahahaha jumpa Azman Ali II kt siam lagi, dia p event pikap siam di Songkhla..dok dalam malaysia x berjumpa, rezki berjumpa bila overland ja ngan bgman ni.. So kami ride balik sekali, x dan lepas flyover Phattalung-Pattani hujan lebat menyambut kami ,jemm bgman x bwk baju hujan, kena berhenti dlu kt PTT, minum di Amazon Cafe sementara hujan reda. pkul 8 lebih baru reda sikit, kami teruskan perjalanan , untuk ke border dannok, sbb nk makan nasi + daging bakaq,lgpun kerja minum air ja..perut pun dh berkeroncong..
sembang2 cerita pasal overland dan share location yg best, tgok jam dah 11.30mlm, so kami bergegas untuk kluaq, border x ramai orang, lepas dah cop passport dan serah borang declare kami pun masuk ke malaysia, Alhamdulillah.. lepas bersalam salaman, bangman meneruskan perjalanan balik ke Penang, aku dan cikman balik ke Padang Besar ikut jalan ladang tebu, sunyi sesekali ada la kereta dipandu laju, depa ingat track kot..haha.

aku sampai di rumah dah jam 1.05pagi, sembang2 dengan mak dulu..pastu aku balik ke rumah.. tamattttttttt…
sekian, terima kasih

#TunJebat

#GGK

#GengGilaKonvoi

#MistikTuring

#HondaWave

#Komando98

Ride Ke Mae Hong Son 1864 corner, Pai, Phu Tub Berk (Day 9& 10)

Salam rakan2/overlanders

Day 9 & 10 -Phu Tub Berk-
Awal2 pagi aku dah bangun sbb takut terlepas awan nano kt atas pergunungan ni, tunggu punya tunggu x dak, sbb nak kena ada hujan sikit2 baru dpt awan nano tu. Nak tgkap gmbaq sunrise plak, matahari kena lindung dengan awan, jadi aku snap la apa yg dpt..
Pkul 10 pagi baru aku n cikman kemas2 brg dan kluaq, kami naik dekat menara PTB untuk amik gmbaq. Ketinggian di situ adalah 1768 Meter. Nasib kami awal sikit, lepas kami sudah ja snap2 gmbaq, pakat meneru naik atas ni. Selesai ja kami pun start moto untuk turun ke Petchabun, pertengahan semasa turun aku berenti dgn cikman nk amik gmbaq, aku perasan ada 3 biji kereta plet malaysia tgh berenti bergambaq, aku bg salam dan pakat2 mai dok kerumun aku n cikman.. x sempat nk tnya depa nama n mai dari mana, sbb soalan depa bertalu2 hehe…abg tu sempat amik no tel aku ja. Dekat 30 minit bersembang, kami mtk diri nak ke petchabun.. target kami adalah stesen keretapi Hua Lamphung Bangkok, sampai di Saraburi aku bincang dgn cikman samada jadi nak naik train atau nak ride, kami buat keputusan untuk ride balik ke malaysia, aku mesej cikgu wan dgn Bg Rosli sulaiman untuk dptkan route supaya x masuk laluan ke bangkok, bukan apa kalau dh sesat buang masa ja.
Kami ride malam, sampai di nakorn phatom mata dah rabak…sebab seharian ride dari PTB.. tidoq sejam lebih atas kerusi depan 7E..pkul 7.30 pagi tadi kami start ride, memang tidoq x ckup..sampai di Prachuap, singgah sekali lagi kedai mkn yg kami singgah haritu.. jumpa 3 keluarga dri malaysia naik 4×4 nak ke MHS 1864. Depa bergambaq dgn kami, aku terlupa nk amik gmbaq pakai kamera sendiri..

Lepas salam2. Kami pun gerak, punya la mengantuk tuhan saja la yg tau, sbb tidoq x ckup..bwk moto 60km/j ja kot…. lepas chumpon kami kena hujan lebat sampai la ke Suratthani..

Dh pkul 7 lebih, badan pun x ckup rest, aku n cikman tidoq kt sini dlu..bilik 400bhat shj.. cantik mcm bangkok resort di Hatyai…
To be continue…last day
#GGK

#MistikTuring

#Ride2016

Ride Ke Mae Hong Son 1864 corner, Pai, Phu Tub Berk (Day 6)

Salam rakan2 / overlanders

Day 6 (5hb Isnin) Pai
Macam yg kita sedia maklum, kawasan Pai ni memang sejuk , kalau kt malaysia kira mcm cameron highland la..tapi Pai dok di bawah di celah2 lembah bukit, memang awesome la tempat ni. Mat saleh memang ramai, orang2 muslim kita pun ramai jgk yg mai bercuti. Makanan Halal x susah di Pai berbanding kawasan lain sbb ramai cina muslim yg berniaga makanan halal.
Pukul 10 pagi kabus masih tebal di sekitar guesthouse. Aku dan cikman dah siap cuma x rushing sgt la sebab target nak ke chiang mai saja. Sementara tu cikman kluaq p cari kedai moto nk rikee brg2 untuk vespa dia, Pai ni mmg banyak jgk brg2 vespa. Dlm 15 minit cikman balik, ada barang2 tp dia x berkenan. So kami pun pelan2 meninggalkan pekan Pai untuk singgah bergambar di Coffee in Love Pai. Tempat ni di tepi jalan menuju ke chiang Mai dalam kawasan Pai lagi. Mak datuk bukan main ramai org berhenti nak bergambar di sini, potong stim betui la, tapi ya la tempat tumpuan pelancong.
Lepas dah ambik gmbar kami teruskan perjalanan, jalan yg kami lalu ni pun masih banyak curve walaupun x sebanyak mae hong son. Tapi pendapat aku n cikman, jalan dari Pai ke Chiang Mai lebih mencabar dan adventure untuk kaki leper, sbb jarak selekoh sangat dekat dan curam. Lagipun jalan ni baru siap, tar pun cantik lagi. Tahun lepas masa balik dari Laos, aku, mat rani n adnin ikut jalan ni gak, tapi azab nya hanya tuhan yg tau disebabkan jalan tgh diturap, tanah merah penuh..bayangkan la laluan berbukit tanah merah, itu cerita tahun 2015, tahun ni Alhamdulillah dah cantik.
Sampai dkt perkampungan Mae Sae aku ternampak restoran bertanda halal, Alhamdulillah dpt makan nasi ayam hainan, tauke dia cina muslim, kat sini ada masjid siap dengaq azan zuhur lagi. Aku amik kesempatan tampal stiker GGK. Pastu bersembang dengan sorg cikgu pompuan dri britian, dia mengajaq sek international di chiang mai, bikers jugak. Umur dalam 55 tahun. Kental beb..dia naik big bike honda CB 750..dia dok kata both of you crazy..dok kata aku n cikman gila, dah mai naik kapcai, pastu potong dia kt Pai..dia x dpt ligan pun . Ya laa..nak ligan mcmna..kami moto kecik, selit2 siap dok depan…moto besaq nk potong x lepas, tambah2 jalan ni mmg curve dia kepak habisss.
So lepas dh mkn, kami say hi dan bertukaq2 FB. Kot la dia ada anak pompuan, boleh rekemen hahaha.. pastu teruskan perjalanan ke chiang Mai. Jalan landai naik bukit turun bukit, melalui ladang2 strawberi, x dan nk snap sebab sejuk, malas bukak glove😂.
Kami berhenti isi myk 18km sbelum chiang Mai, walaupun dh 2 kali mai sini, aku gayat jgk dengan jalan dia, sbb CM ni bandar ke 2 tersibuk selepas bangkok..sesat mampuih haha. Aku bukak booking.com cari guesthouse hat paling murah, ya la aku n cikman mai ni pun bajet, bukan nak dok 5 star. Dapat mandi sembahyang tido pun dh lega..yg penting org kata pengalaman. Do dapat 1 guesthouse Nalin, 350bhat..ok dah tu…dlm bandaq CM. Bukak Maps dan jumpa. Siap bayaq , masuk rehat ,lepas maghrib aku n cikman siap nk kluaq cari makan, kami jalan kaki lebih kurang 1.5km tak jumpa kedai halal pun. Pastu aku suruh cikman tahan teksi, aku cakap kt driver “muslim food” dia angguk..haa kelia..lepas berpusing2 akhirnya jumpa port mknan halal. Tambang 100bhat.Alhamdulillah dpt makan nasik itik panggang..arooii cin cin. Sepinggan 40bhat shj.
Lepas settle makan, cari tuk tuk mintak hantaq ke bazaar night market, tgok depa ada meniaga apa mlm2. Tambang tuk tuk 200bhat..bukan main mahal daaa. Better kalau hampa mai naik teksi pikap tu, lebih murah. Oh ya, kalau nk tau luas dan banyaknya bazaar night market ni, cuba google 👍.
Tapi aku n cikman x beli apa pun, saja jamu mata window shopping,jimat duit sbb dengaq kata jalan kt area nakorn n phattalung dah di naiki air, jenuh oii nk balik mcmna.
Balik kt Nalin dh pkul 12 lbih, kunci pulak tertinggal kt dalam bilik. Kelia  baq hanggg..

Telefon tauke suruh dia mai, yg ajaib nya kunci bilik 103 x dak duplicate. Wow menarik bukan…. berpeluh hampir 30 minit. Tauke pun pening dok mbuih pintu bagi terbukak..haru dah.. aku bukak youtube “how to open door without key” haa guna teknik ni la…tauke siap “give me 5” kt aku n cikman hahaha…
Akhirnya dpt tidoq….letih main kona banyak sgt.
To be continue…
#GGK

#MistikTuring

#komando98

#FeldaMataAir

#FelcraLubukSireh

#HondaWave

Ride Ke Mae Hong Son 1864 Corner , Pai , Phu Tub Berk (Day 5)

Salam kawan2/ overlanders

Day 5(4hb Ahad)
Target untuk ride hari ni adalah ke Pai, dan aku menjangkakan perjalanan mungkin mengambil masa yg lama sedikit kerana akan melalui 1864 corner + 762 corner untuk ke Pai.
Pagi2 lagi aku dgn cikman dah sarapan roti telur, kami beli malam tadi dari sorg peniaga muslim. Aku x jadi nak p sarapan dekat masjid sbb tak mau masa bertolak ke MHS delay.
Lepas makan, check out dan cek motor, tgok apa yang patut, tekanan angin, minyak enjin dan brek. Kat lobi jumpa biker moto klasik dri Thai, depa pun nak ke MHS, sempat jugak la bersembang dan ambil gambar.
Seperti laluan semalam, harini lebih banyak curve menanti kami. Aku dengan cikman layan je la, dah mmg tujuan kami pun nak meleper kat sini. Cuma kesian kak sareza la terpaksa dok ligan kami. Bila keluar awal, kereta dan lori tak banyak sangat. Memang layan habis harini. Kualiti jalan dari mae sariang ke mae hong son sangat baik berbanding tahun2 yang lepas.. aku bagi 4 🌟🌟🌟🌟.
Sampai ja di pekan MHS, aku terus bwk depa pi buat sijil dan beli stiker, lepas tu aku p jumpa mber lama..kedai padon stiker, siap bagi stiker free kat aku..haha
Kami tak lepak lama di MHS, sebab ada lagi 762 curve yg perlu di lalui untuk ke Pai. Nak tau berkaitan Pai? Cuba anda google, bagi aku yg menarik kt Pai selain cuacanya yg sejuk adalah dekorasi taman2 dan kedai2 yg pada pendapat aku sangat2 kreatif, pasaipa malaysia tak nak tiru?? Hmmmm…
Lebih kurang pkul 5.30 ptg kami sampai, aku n cikman cari camp site.. tp bila tanya x dak sumber elektrik, aduih mcmna nk charge henpon. So terpaksa melilau dan akhirnya jumpa 1 guesthouse 400bhat untuk 1 mlm ,jadi sorg 200bhat shj. Kak sareza kami tolong cari kt tempat lain sbb tempat kami tggl 1 bilik tu je.
Balik bilik, charge hp dan kamera, rehat sat, lepas tu aku dan cikman kluar kat pasar malam, cari makanan muslim, Alhamdulillah jumpa nasi ayam malam ni, tq bgman sbb bg petua tadi.Untuk pengetahuan hgpa semua, di Pai terdapat komuniti masyarakat china muslim, depa la yg dok meniaga jual maknan halal ni. Aku bantai nasi ayam 2 pinggan, lega balas dendam sbb x makan nasi banyak hari, sepinggan baru 40bhat. Rasanya pasar malam depa di tambah, sbb masa tahun lepas pendek ja..ni aku jalan kaki sampai ke stesen teksi.
Kami jalan2 dan layan busking kt pasar malam.. tak sampai pkul 10 aku dah ngantuk, sbb cuaca semakin sejuk. Aku n cikman terus p amik motor dan balik ke bilik utk lena….sbb esok nak ride lg..
Adioss….
#GgK

#mistikTuring

#riderkapcai

#komando98

15384601_10210020575222398_1833507490523644676_o15380358_10210020574582382_92320667487754217_n15304480_10210020575302400_2104836787993547442_o15271793_10210020575022393_999998981199689538_o15369260_10210020575342401_7630588938397591676_o15370029_10210020578102470_8522664405791149257_o15326054_10210020576822438_3977197371045298520_o15272094_10210020578662484_3563914500537171143_o15272029_10210020578342476_6003926375255063900_o15289309_10210020577822463_4740667807322389368_o15259580_10210020577502455_5326735270129114877_o15272127_10210020575502405_417323843941261790_o15252490_10210020579502505_8507413014433511505_o15304462_10210020579022493_8903612396666357638_o15304439_10210020579782512_7624749854832774439_o15289169_10210020579822513_3860667373268786115_o15304656_10210020580542531_1565857855145090654_o15370055_10210020580582532_3149145006379278636_o15326082_10210020581342551_5169427524018494922_o15326213_10210020581622558_6758551280599770753_o15370064_10210020581462554_8037343710223199843_o15289331_10210020584182622_2020344732079596831_o15259686_10210020582902590_3187536212951156963_o15289292_10210020583022593_304244732375910556_o15289248_10210020583422603_3901349851140375868_o15289235_10210020583822613_8531046053534240151_o15289221_10210020582062569_9192294935370958146_o15288564_10210020582702585_6475384963806619984_o15325179_10210020584622633_8013253889600962828_o15325398_10210020582022568_5802027172112807724_o

Ride Ke Mae Hong Son 1864 corner ,Pai, Phu Tub Berk (Day 8)

Salam rakan2/ overlanders

Day 8 (7hb Rabu) uttaradit to PTB

Kat pekan ni kami x sempat explore pun, jam 9 pagi kami dah start ride. Malam tadi semasa dalam perjalanan masuk ke Uttaradit kami ada nampak sign board Masjid, jadi kami ingat nk p sarapan di situ, mungkin ada peniaga muslim. Sebelum sampai di masjid , kami berhenti kedai tayar kereta sbb nak tampung tayar moto cikman. Sebenaqnya kami dh kesan besi atau paku kt tayar belakang moto cikman masa di Mae Sariang lagi. Tapi dah angin tak keluaq, cikman biaq saja, cuma malam tadi nampak besi tu makin ke dalam, so takut kena sportrim. Settle cucuk cacing dalam tayar,kami singgah sat di stesen keretapi SILA-AT amik gmbaq.Settle ja kami p masjid tu, yg ada sorg jemaah ja, mungkin warga myanmar kot sbb aku cuba ckp thai dia pun blur, samada aku x faham atau dia yg x faham apa yg aku ckp..hahaha, x dak sebarang kedai makan pun sbb kami melalui kebun2 pokok jati..aku bagi sumbangan yg dikirim oleh kawan2. Terima kasih yg menyumbang, Allah saja yg membalas.

Kami ingat nak p ke pitsanuluk ja untuk makan tengahari, dari maklumat ada kedai makan muslim kt masjid pakistan di pekan pitsanuluk.

Target harini nak ke Route 12 dan Phu Tub Berk.

Dalam perjalanan jumpa satu kemalangan lori, teruk jugak nampaknya, tapi kami x berhenti, aku sempat snap gmbaq keadaan lori tu. Jalan highway ni panjang ja, mata pun mula layu, habis semua lagu aku nyanyi supaya x mengantuk, cikman pun sama jugak..haha.
Sampai pekan pitsanuluk kami cari masjid, ada banyak jugak kedai makan. Sementara tunggu waktu zuhur kami makan dulu nasik. Alhamdulillah rezki. Jumpa beberapa org bikers dari kelantan dan terengganu, semua big bike. Sempat salam dan sembang2, depa nk ke NaN.
Kami pun x lepak lama sbb nak bajet masa untuk mendaki Phu Tub Berk. Perjalanan diteruskan melalui Route 12, cuaca pulak semakin dingin dan sejuk, akhirnya sampai di Khao kao route 12. Berhenti isi minyak dari dalam tong, lepak minum cappucino jap sambil amik gmbaq sekeping dua. Tahun lepas aku ada tampal stiker #GengGilaKonvoi di sini, tp bila aku sampai tadi, stiker tu dah x dak, jadi aku tampal yg baru, tu duit kutipan rakan2 #GGK. Kalau kena koyak lagi, aku mai tampal lgi.. sbb tu kenangan, nak mai bukan modal ayaq liuq, kena ada pengorbanan masa dan wang ringgit.
Settle ja amik gmbaq aku n cikman terus gerak ke PTB. Pkul 6 kami sampai d kaki PTB, singgah 7E beli bekalan makanan, cikman beli burger dan susu coklat, aku plak beli roti, tuna dan sardin + air mineral.
Jarak dari bwh ke puncak sekitar 18km, jalan mcm naik ke wang kelian tapi agak jauh dan berliku2. Angin dan suhu yg sejuk mula menusuk ke tulang sum2..adehhhh… dalam 35 minit kami dh berjaya sampai di puncak. Cantik oiiii.. tobat… esok aku snap.. kami mula cari kawasan utk bermalam.. camp site 600bhat.. kalau resort 1000bhat.. aku mtk kurang ngan cikman dpt la 800bhat.. sejuk ya amat…nak pijak lantai pun sejuk..disini water heater dlm bilik air pakai gas, lepas mandi aku pakai balik seluaq jeans pastu sarung pulak dengan kain pelikat.. sejukkkkkk.. dh sejuk tiba2 lapaq pulak.. makanan dlm tin lagi sejuk dengan cuaca mcmni…aku amik tuna dan sardin, masuk dalam gayung dan bukak air panas heater mandi tu.. haaa dapat la makan roti cicah sardin panas2…. aroiiiiii cin cin..
To be continue….
#GGK

#MistikTuring

#HondaWave

#TobatSejuk

 

Ride Ke Mae Hong Son 1864 corner, Pai, Phu Tub Berk (Day 7)

Salam rakan2 / overlanders

Day 7 / (6hb selasa) chiang mai
Kalau semalam kunci tertinggal di dalam bilik, harini satu lg kejadian luar jangkaan berlaku, kunci moto cikman hilang sekali dengan kunci tong givi.

Hahaha…haru.. Jam dah 11 pagi, kunci pulak belum jumpa. Kak sareza dah siap nk ride, so aku suruh dia naik train ja dulu dari chiang mai ke bangkok memandangkan kami masih belum settle lagi bab moto cikman. So kak sareza bergerak dulu ke stesen ketapi chiang mai dengan bantuan tuk tuk.
Aku dengan cikman berlegar2 sekitar bandar chiang mai cari kedai pomen. Bandar chiang mai ni adalah bandar ke 2 tersibuk selepas bangkok, silap haribulan boleh sesat oo. Merata jalan kami cari akhirnya jumpa 1 kedai yg agak besar tp pomen pulak x boleh p tengok moto, dia suruh angkut moto dengan pikap bwk ke kedai dia. Jadi aku dengan cikman bincang2 , mana nk cari pikap time2 ni, so cikman beli set suis baru dari kedai dia dan kami balik pasang sendiri.
Dah sampai depan Nalin, kami bukak semua cover set dan cabut suis lama, bila nak pasang soket fius pulak x sama..jeng jeng jengggg, minum susu sebotoi sambil dok pikiaq, tiba2 kami di tegur oleh sorg lelaki Thai, nama dia Pong, dia buat bisnes sewa moto untuk pelancong, motor2 skuter. Pong suruh bawak suis original ke 1 kedai kunci, dia cakap kedai tu boleh buat kunci baru tnpa bwk kunci pendua @ duplicate. Start moto kami pun menuju ke arah kedai yg Pong maksudkan, lebih kurang 1km dri Nalin Guesthouse. Alhamdulillah depa boleh buat tak sampai 15 minit dia dok ukur2. Untuk kunci suis moto 400bhat, kunci tong givi 300bhat, tauke dan pekerja kedai ni dok interview aku n cikman pulak, selalu mcm tu la bila naik kapcai. Dah settle bergambar kami p pulak kedai pomen yg mula2 beli set suis, bagi balik dan dia pulangkan semula duit cikman… selesai.
Balik ke Nalin, psang suis dan kemas2 barang, jam dah pkul 2 lebih. Kami jumpa Pong ucap terima kasih byk2 pada dia, sebab tolong suggest kedai tu. Perut pun dah mula berbunyi sebab x mkn apa lagi, hanya sebotol susu 7e ja. Aku bgtau cikman, kita p mkn  dekat masjid Banhaw, pekena sup ekor dan nasi putih kelia baq hang.
Lepas mkan kami pun gerak ke uttaradit sebb hari dah semakin ptg. Target hanya takat uttaradit shj , sbb mmg x sempat ke pitsanuluk. Jarak chiang mai ke uttaradit lebih kurang 231km dalam masa lebih kurang 3 jam 29 minit. Lalu dkt lampang, kami singgah bergambar depan hospital gajah..tu yg buat live Facebook dgn cikman hehe. Kawasan laluan kami ni masih berbukit bukau , ia merupakan super highway chiang mai bangkok. Lagi 50km nak sampai uttaradit aku dgn cikman kena tahan dalam satu sekatan jalanraya oleh polis thai. Depa cek passport,  suruh bukak tong, lepas tu menyembang tnya pasai ride saja la, pakat2 mai dok tabik aku dgn cikman, kami pun tabik la balik..huhu.. lepas say good bye,  kami gerak. Di kiri kanan jalan menuju pekan uttaradit ni terdapat gerai2 jual produk2 kampung, mcm ikan2 kering, penyapu, brg2 kraftangan, tp sebb dah malam, aku hnya tgok saja la, x dan nak berhenti, sebab cuaca sejuk, aku dh pakai baju 2 lapis siap baju hujan lagi.
Sampai ja pekan uttaradit aku n cikman terus cari guesthouse, Alhamdulillah dapat, dengan harga 390bhat berkipas, ok la tu tak payah econ2, sejuk tak sangga dah. Siap mandi semua…teruih terlelap..
To be continue..
#GGK

#GengGilaKonvoi

#MistikTuring

#komando98

Ride Ke Mae Hong Son 1864 corner, Pai, Phu Tub Berk (Day 4)

Salam kawan2 / overlanders

Day 4 (3hb Sabtu)
Misi kami masih belum berakhir, pagi ni terasa sejuk di Tak, mmg suhu kawasan utara Thailand sejuk seawal bulan November dan Disember, berebut selimut aku dan cikman hehe.
Oh ya! Hari ni ada seorg solo lady biker dari jitra, cikgu sareza @ kak sareza. Dia mai naik SYM 250 T2, dia jugak presiden kelab moto T2.

Dia nak ikut route aku dgn cikman, smlm dia dah sesat nak ke Bangkok. Ni 1st time dia nk ke Mae Hong Son. Adnin,Aju dan Wan yg suggest kt kak sareza ni utk follow aku n cikman disebabkan mmg kami berada di laluan yg dia nak pi. Depa jumpa kak sareza 1hb on the way ke Hua Hin Bikeweek.
Lepas dpt call dari kak sareza, aku n cikman p cari dia di tepi jalan area Hospital Tak. Lepas perkenalkan diri, kami terus gerak ke Mae sariang.Aku ikut Tak, Hot dan terus ke Mae Sariang.
Perjalanan harini walaupun hanya 300km lebih tetapi memakan masa lebih 6 jam di sebabkan laluan jalan yang berliku dan berbukit bukau.
Laluan corner ni mmg faveret aku n cikman, keja asah tayar ja, tu belum pi 1864 corner lagi..haha kesian kak sareza terpaksa ligan aku n cikman. Maaf la kak, perangai budak2 tu masih ada walaupun dh jadi bapak org 😂😂😂.
Di laluan ni kena berhati2 dengan pikap dan lori yg di pandu laju ataupun terpaksa Q panjang sebab depa x boleh potong  jalan corner dekat2..laluan ni sesuai untuk moto DP @ kapcai ja..kalau sportbike mmg x sesuai takut overshoot.
Kalau kapcai dinasihatkan bwk tong minyak spare sbb x sempat jumpa stesen, minyak dalm tangki dh habis dlu. Lg pun minyak dekat sini mahal x sama dengan kawasan lain mungkin atas faktor kesukaran untuk hantar kot.
Makanan tengahari aku n cikman mcm biasa, spagheti 7e dan air oren. InsyaAllah halal, sbb aku tgok ada cop halal, jangan was2 huhu.

Selesai makan dan 4 kali berhenti isi minyak kami hampir sampai ke Mae sariang berdasarkan signboard yg aku tgok di sisi jalan.
Sempat jugak aku dan cikman berhenti tgkp gmbaq kat satu camp site, pokok mcm Rhu, tapi bukan kot, mungkin pokok tanah tinggi. View memang cantik. Tapi kami x boleh lama2 sbb hari makin gelap, aku tak mau sampai hari dh malam.
Alhamdulillah pkul 6.45 ptg sampai di Mae Sariang, aku n cikman melilau cari guesthouse, tanpa perlu bersusah payah jumpa, hanya 300bhat 1 mlm, so kongsi sorg 150bhat..

Di sini ada masyarakat org islam kerana terdapat masjid..esok pagi aku n cikman nk p sarapan tepi masjid, depa habaq ada org islam meniaga makanan.. ok rehat dulu..
To be continue….
#GGK

#MistikTuring

#RiderKapcai

#HondaWave

15259179_10210009753231855_7554059623023800053_o15259661_10210009749111752_7043775754202690264_o15272116_10210009748551738_7626300504302966299_o15304608_10210009749431760_6866443735326158097_o15252647_10210009751671816_2496861945513846265_o15304224_10210009752471836_3774379024228684524_o15288450_10210009748951748_1144077990998076913_o15272226_10210009752391834_1226903123262429669_o15259721_10210009752431835_1996434170016545077_o15272054_10210009756031925_4823003419481096316_o15272297_10210009755111902_2143062314582727077_o15304358_10210009755751918_7848204355779123404_o15304385_10210009752511837_4413096550063447665_o15252687_10210009749551763_7545850611325442809_o15326308_10210009755711917_1431341565218797862_o